Thursday, February 25, 2010

Maulidur Rasul SAW 1431 Hijrah

Assalamualaikum..
saya ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1431 Hijrah..Sempena Maulidur Rasul,marilah kita bersama-sama mengucapkan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

jika kita sanggup beratur panjang untuk membeli tiket wayang atau beratur menunggu bas sehingga memakan masa berpuluh-puluh minit,mustahil kita tidak boleh mengambil beberapa minit untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

telah dinyatakan bahawa sesiapa yang berselawat keatas Nabi Muhammad SAW,dia akan mendapat ganjaran yang besar di akhirat kelak.

Jika terdapat perarakan di tempat anda untuk menyambut hari Maulidur Rasul ini,pergilah sertainya. Jika Nabi Muhammad sanggup berjuang untuk membela kesucian agama Islam dan keselamatan umatnya,mustahil kita tidak mampu berarak sepanjang satu kilometer untuk memperingati dan berselawat ke atasnya.

Pada tahun lepas,saya menyertai perarakan Maulidur Rasul di universiti saya. saya mewakili Kolej Kediaman saya dengan menjadi pembawa sepanduk. Buat pertama kalinya saya begitu terkejut melihat perarakan ini,kerana ia disertai oleh berpuluh-puluh orang bukan Muslim!

ini adalah satu pengalaman baru bagi saya kerana ia turut mengubah persepsi saya terhadap golongan bukan Islam mengenai pemahaman mereka terhadap Nabi Muhammad SAW.

jika anda seorang Islam dan anda diminta untuk berarak memperingati kelahiran Dewa Siva,apakah perasaan anda?

Bagaimana perasaan seorang bukan muslim yang berarak untuk memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW? Jelas disini bahawa Nabi Muhammad sememangnya dihormati oleh manusia di dunia.

Jika seorang bukan muslim boleh berarak sepanjang d1 kilometer,takkan lah anda seorang Islam tidak mampu untuk berselawat ke atasnya?


~ Rasulullah mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar.Antaranya ialah :
1) Abu Bakar asSiddiq dgn Kharijah bin Zahir
2) Umar alKhatab dgn Uthban bin Malik
3) Uthman bin Affan dgn Aus bin Thabit

Kenapa Rasulullah berbuat demikian :
1) menyatupadukan umat Islam tanpa mengira pendu...duk asal atau pendatang
2) supaya agama Islam dapat disebarkan dgn lebih meluas

Pengajaran :
1) Islam adalah agama yg menyatukan semua bangsa dan keturunan.
2) Persaudaraan sesama Islam itu lebih utama berbanding bersatu dlm bangsa sendiri.firman ALLAH ~

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).alHujurat : 13

Sempena hari ulangtahun kelahiran Rasulullah tercinta ini,marilah kita semua bersatu dibawah naungan Islam sbg ad din dlm kehidupan.Sirah nabi telah membuktikan bahawa hanya Islam shj yg dapat menyatukan kita.Usahlah kita terus berbalah,menegak benang basah dgn emosi tanpa merujuk terlebih dahulu susur galur perjuangan baginda.

Tidak cukup sekadar berarak dan berselawat.Perkara yg diutamakan ialah menjunjung serta taat kpd perintah Allah dan Rasulnya.Ingatlah akan peringatan daripada Allah :

Dan sesiapa Yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan Yang lain dari jalan orang-orang Yang beriman, Kami akan memberikannya Kuasa untuk melakukan (kesesatan) Yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke Dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. anNisa : 115



renung-renungkan lah dan selamat berselawat!

No comments:

Post a Comment