Friday, February 19, 2010

Analisis Dasar Luar Malaysia

Pulau Batu Putih
1. Sebelum memenangi Pulau Batu Putih,Singapura sudah merancang untuk menambak kawasan tersebut dari mainland Singapura sehingga ke Pulau Batu Putih.
2. Jika ini terjadi,kawasan Singapura akan menjadi lebih besar,strategik dan Johor akan terjejas teruk.
3. Mengenai pasir,batu dan peralatan-peralatan lain,itu tidak membimbangkan pihak Singapura kerana mereka mempunyai modal yang tinggi dan mereka boleh membeli bekalan tersebut dari berbagai sumber selain Malaysia seperti Indonesia.
4. Hal ini sudah disedari oleh Pihak Malaysia.Ini akan mengancam Malaysia kerana pelabuhan Johor akan mati.
5. Dalam menangani hal ini,Malaysia yang ketika itu masih berada di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir telah menemui suatu jalan penyelesaian yang hebat.
6. Malaysia merancang untuk menebuk bahagian Segenting Kra untuk dijadikan sebuah terusan. Jika ini dibuat,ia akan sehebat Terusan Suez.
7. Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia dalam hal ini kerana ia akan menjadikan satu perdagangan yang sangat bagus kerana kapal-kapal akan mengubah haluan dari Selat Melaka dan Selat Tebrau dan melalui terusan Segenting Kra.
8. Malaysia sengaja menguar-uarkan hal ini kerana mereka tahu bahawa Singapura akan membatalkan rancangan penambakan besar-besaran.
9. Singapura pula terdesak kerana mereka akan hilang sumber ekonomi utama mereka kerana Singapura adalah sebuah negara yang bergantung sepenuhnya kepada fungsi sebuah pelabuhan entrepot.
10. Akhirnya Singapura terpaksa membatalkan rancangan mereka kerana kelicikan dan kecekapan Pihak Malaysia.


Jambatan Bengkok
1. Semasa Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia,gerak geri Malaysia dalam berpolitik demi National Interest sangat teratur dan cekap.
2. Tun sedar bahawa Malaysia mengalami kerugian yang sangat tinggi dalam perdagangan air.
3. Tidak dinafikan dan tidak keterlaluan jika dikatakan perdagangan air antara Malaysia-Singapura adalah urus niaga yang paling merugikan dan pelik di dunia.
4. Malaysia menjual air serendah 3sen untuk 1000 gelen air yang kepada Singapura.
5. Ini adalah satu ketidakcekapan dan kesilapan yang dilakukan oleh pihak bertanggungjawab dari Malaysia pada satu ketika dahulu.
6. Oleh itu,Tun telah merancang untuk membina satu jambatan bengkok di antara Malaysia dan Singapura.
7. Apabila ia siap,maka perjanjian air antara Malaysia dan Singapura akan terbatal dan satu kontrak perniagaan yang baru akan dibuat.
8. Singapura telah bersetuju dan perkenan Sultan Johor telah diperoleh.
9. Dan ini akan menguntungkan Malaysia.
10. Tapi TUN DOLLAH TELAH MEMBATALKANNYA.
(anda fikir sendiri lah.)

Perang Malaysia-Singapura
1. Singapura adalah sebuah negara yang kecil tapi agresif jika ia melibatkan National Interest.
2. Blogger ShahPaskal telah menyatakan bahawa Malaysia dan Singapura akan berperang dengan Malaysia jika ia membabitkan Isu Air.
3.ANda boleh cek disini. http://militaryofmalaysia.blogspot.com/2009/07/top-secret-malaysia-hampir-berperang.html
4.Singapura akan berperang dengan Malaysia dengan satu perkara lagi.
5.Sekiranya politik Malaysia berubah di mana BARISAN NASIONAL jatuh, dan Parti Islam SeMalaysia berjaya menguasai tampuk pemerintahan Malaysia,Singapura tidak teragak-agak untuk berperang.
6.Singapura sudah menghafal bagaimana permainan politik BARISAN NASIONAL,dan mereka tahu bagaimana BN bertindak. Tetapi mereka tidak tahu bagaimana percaturan politik yang dimainkan oleh PAS.
7.PAS akan mengisytiharkan Hukum Islam sebagai teras utama dan ini menakutkan Cina Zionis Singapura. Jika ini benar-benar berlaku,maka Singapura tidak mampu untuk campur tangan sepenuhnya dalam politik Malaysia.
8.kerana ia sudah dikawal oleh Hukum Islam.

Kalau saya rajin,saya akan menulis dengan lebih lanjut,sebab sekarang saya agak malas.

No comments:

Post a Comment