Wednesday, February 17, 2010

kami buatan malaysia!

hari itu telah lama berlalu
seperti baru semalam berlalu
di tanah inilah kelahiran kita
yang kita diami
disitulah kebanggaannya
kita tahu dan ia sentiasa dalam hati mu
kita kan kekal dan kibarkan panji
kebanggaan bangsa!

perang telah pergi
dan semua perwira telah pergi
tapi jika kita diserang lagi
kita pasti akan menentang!

kita akan tentang dan lawan
kita akan mati untuk tanah air ini
kita akan tunjukkan pada musuh
kita hebat kerana kami adalah benteng negara!

dan apabila kamu diperlukan
kami tahu kamu akan ada disana
ia adalah untuk jalur bulan dan bintang
kerana kami bangga KAMI BUATAN MALAYSIA!

kami dibesarkan untuk percaya
kepada tuhan dan raja
kami akan berdiri dan bertahan
kekuatan yang datang dari dalam
jadi jika kamu rasa perasaan ini adalah sesuatu yang benar
dan ia adalah untuk kuning merah putih dan biru


dan apabila kamu diperlukan
kami tahu kamu akan ada disana
ia adalah untuk jalur bulan dan bintang
kerana kami bangga kami buatan malaysia!

kita akan berdiri dan kita akan berteriak
ini adalah tanah yang kita semua bangga
marilah bersatu di perbatasan dan kamu tahu ia untuk apa
jadi jika anda merasakan hal yang sama
menaikkan semua bendera tanah kita
dan merasakan kebanggaan
kerana kamu tahu itu adalah kebanggaan kamu!

kami tidak peduli
jadilah diri kita sendiri
laungkan dengan bangga
kami adalah BUATAN MALAYSIA!!!!

No comments:

Post a Comment