Thursday, October 20, 2011

Cukup lah.

utk 4 tahun, aku korbankan masa tenaga dan duit utk negeri aku. aku buat utk negeri,bukan utk aku sndiri.

dulu mase duduk kat universiti, aku buat dan tolong anok2 negeri,semuanye atas 1 perkara. sebab dia saudara aku, anak kelahiran TERENGGANU DARUL IMAN.

bile abih U,aku join dgn serius dalam ultras tranung, semuanya sebab BERJUANG DEMI TRANUNG.aku g mane2 saje tranung main,sbb aku tahu, org2 aku sedang bjuang dalam padang. demi MARUAH teranung.

mane2 aku g, aku dok pernoh lepas identiti dan jati diri aku sbgai anok tranung.
bile org tanye aku dari mane, aku brase bangga utk sebut nama TERENGGANU.
sikit aku dok malu.aku lagi lah bangga.

aku rela mati untuk tanoh air aku.tu bende hok ade dalam diri aku.sakit2 pun, aku gagohkan jugok.

kalu lah terengganu tu seorang awek, lame doh aku pinang dia.buat bini. sampai akhir hayat.
betapa aku sayangnye ke teranung.

tapi tibe2 ari ni aku rasa, cukup lah.

sebab aku memang dok layok utk berbakti pada negeri ni.
orang lain lebih bagus.dan orang lain lebih tahu pasal negeri ni.
org dok sedor dgan ape yg aku cube buat.

aku dok mitok balasan sikit pun bile aku bkorban utk tranung,
aku dok kesoh pun kalu aku mati demi tranung.

xdok aku sekalipun, bukan jadi hape2 pun.
dok kiamat nye dunia ni.
dok hancur nye teranung.

lagipun aku xdok karisma jadi leader, org lain lagi bagus dan berkualiti.
aku ucapkan good luck kepada semua pejuang2 tranung.

Tuesday, August 9, 2011

Selamat Berpuasa

Salam.
lama giler aku tak update blog.
Selamat Berpuasa Kepada Seluruh Umat Islam di Dunia.

aku tak update blog,
bukan takde bahan, tapi aku lebih banyak 'blogging' di Facebook
aku menulis untuk berkongsi,jadi di Facebook lebih senang untuk berkongsi.
kalo di blog,kurang follower.
kalo di facebook,ramai yang follow..
so sesapa yang nak baca artikel aku, sila ke FB aku,
KHAIRULAMRI SALAH PIKRI AT-TARANJANI.
selamat mengfollow.haha!

Sunday, March 27, 2011

Genap 14 Tahun

lama tak update blog. ari ni baru terpikir nak update.

hari baru sahaja berlalu 27 Mac 2011.
masuk 27 Mac,genap 14 tahun.
aku accident masa darjah 3. tahun 1997.haha.
masa tu skolah kebangsaan kepong (skola otai ni)
accident depan skolah masa melintas jalan.
time tu aku dahaga,rasa nak beli air.
so aku pegi kedai seberang jalan. sedap air kedai makcik depan skolah.nostagik tuh.

abis je membeli,aku nampak saudara aku sampai depan skolah utk amek aku.
jadi aku pun cepat2 la takot dia marah.
dengan syoknyer,aku lintas jalan.
x tengok kiri kanan. tiba2;

GEDEBUMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM!!!!!
ada lori langgar aku,
org tganu panggil lori bodi kayu.haha!
aku menjerit,sampai dalam skolah dengar.
dan masa tu aku terseret bawah perut lori dah.
patu aku xsedar dah.
sampai la 1 kilometer dari hospital baru aku sedar.

ada luka2 kecil di badan aku.
kaki aku bengkak giler sbb kene gelek tayar lori.tangan aku rabak sket sbb terseret.
bila terus sampai kat hospital doktor cek,buat x-ray.
dan disahkan tengkorak (ke tenggorok?korok?ak x tau) retak tiga.betul2 mcam lambang mercedes.
yang susahnyer,ada gumpalan besar darah beku dikawasan yang retak.
benda tu boleh sebabkan kematian jika darah tak dapat berjalan di dalam otak.
dan benda tu kene buat cepat2.
mama kompem menangisss..
abah?ak tak tau.
sbb lepas tu aku xsedar slame 2 hari.

masa tu doktor decide nak bedah utk buang gumpalan darah beku tuh.
tapi abah mintak ikhtiar lain.gile,bedah kepala o...tanak gua.dah la umur 9 tahun.
doa2..mintak doa..mintak kat tuhan.akhirnya dimakbulkan.
ada satu ubat di HUSM kubang kerian yang boleh cairkan darah beku tu.
syukur,ubat tu berhasil

sampai ari ni aku berterima kasih pada tuhan,walaupaun selepas tu banyak kali dah aku hampir2 nak mati.tapi tuhan panjangkan nyawa.Alhamdulillah.

efek?
aku xboleh maen sukan selama 3tahun.doktor kate. tp 3 bulan pastu terus aku men bola dah.haha.
ak xbole membaca sewaktu bergerak (naek kreta,bas,kapal terbang) sbb aku pening dan sakit kepala.
kadang2 kepala sakit bila sejuk.
aku mula benci ubat.

paling teruk,
aku jadi sot2 sikit,otak tak betul.
jadi kalo ada pape yg xbetul kuar dari mulut,jgn salahkan aku,salahkan drebar lori.
hahaha (AUTA!!!)

tapi,aku syukur sangat2 pada Allah SWT sbb panjangkan nyawa aku.
Syukran Jazilah!

Saturday, February 5, 2011

Guerrillero Heroico



Nama diberi Ernesto 'Che' Guevara de la Serna.

ramai orang tanya aku.
kenapa aku minat sangat2 pada dia.

Kerana..
dia adalah pejuang kebebasan
dia berani menentang kapitalism
dia lambang kepada sosialism
dia kesayangan rakyat
dia kesayangan pejuang
dia tidak takut mati
dia tidak takut ditembak
dia tidak peduli kemewahan
dia tidak peduli kesusahan
dia menyayangi rakyat
dia disayangi rakyat
dia disanjung rakyat
dia pemimpin negara
dia mati untuk kebebasan negara
dia mati untuk keamanan
dia mati untuk rakyat
dia lambang perpaduan negara
dia pencetus revolusi
dia adalah REVOLUSI

Nama diberi CHEVOLUCION.

Friday, January 28, 2011