Monday, April 12, 2010

Manusia dan Dosa

manusia memang tidak terlepas dari dosa..
itu sudah lumrah..
tapi manusia bernama MELAYU suka menghukum sesama manusia..
seolah-olah dia adalah yang terbaik dan tidak berdosa..
menegur tidak salah,tapi cara manusia menghukum itu yang salah.
sedangkan nabi maafkan umat,tapi kamu tidak.
mungkin kamu lebih hebat dari nabi!

usah digembar-gemburkan dosa dulu,kerana kamu juga berdosa.

silap orang kita,
menghukum dengan cara peribadi
tidak dengan hati dan budi..
seolah-olah kamu yang mampu mengapunkan dosa orang.

knapa tamadun Melayu tidak setinggi seperti orang Barat?
kerana sikap penerimaan masyarakat melayu itu terhadap manusia yang berdosa itu.
barat tahu,dalam masyarakat perlukan kemaafan dan keterbukaan..
mereka tahu,
yang salah itu tetap salah
dan mereka tahu,
setiap manusia ada pengampunan dari tuhan.
apa kata mereka?

:::owh,you are sinned,u should go to the church and repent::
the next day:::its ok,we know you are wrong,but everyone deserve a second chance,may god bless you....

Melayu??
yang salah itu masih boleh diperbetulkan
yang salah itu masih ada pengampunan dari tuhan..
tapi realitinya?

::::kamu buat salah,kamu berdosa,cepat bertaubat:::
esoknya>>:::geli aku bersaudara dengan manusia berdosa seperti kamu,kamu terlalu keji!

tidakkah kamu telah mengambil tugas tuhan?
tidakkah kamu telah berlaku kejam?
tidakkah kamu telah memutuskan ukhuwah?

adakah kamu yang menerima taubat orang?
adakah kamu yang mengampunkan dosa manusia?
adakah kamu yang menghitung dosa semua manusia?

tidak,kamu sendiri takut untuk bertaubat.
tidak,kamu sendri masih terketar-ketar mencari pengampunan
tidak,kamu sendiri tidak tahu dosa yang kamu buat.

bercakap memang senang,sebab ia percuma,nikmat tuhan.
tapi ada hargakah untuk setiap dosa kamu?
ada nilaikah diri kamu?

semoga kita semua mendapat keredhaannya..

No comments:

Post a Comment