Tuesday, September 28, 2010

Makanan Aristokrat





Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong

Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982).
Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri masing masing.

1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).
2. Elaun keraian - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)
3. Elaun diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)

So, total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000.

Elaun untuk Permaisuri Agong ialah

1. Privy Purse - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
2. Elaun keraian - RM21,600 (RM1,800 sebulan).

Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400 .

Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM53 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia. Breakdown nya adalah seperti berikut

1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM52,259,100
2. Gaji kakitangan istana - RM1,004,880

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Aku tak pernah tau wujud nya elaun ni. Bermakna setiap bekas Agong yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.

Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan, macam Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong.

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500 sebulan.

Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong, just imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua bekas-bekas Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup..

Pencen khas untuk balu Agong

Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu mangkat semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni. Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mangkat masa tu dia tengah jadi Agong. Ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

So, ini lah yang Siti Aishah dapat.

1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car.
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.

Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)

Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Ini contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga amount nya.

1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM68,080.

Untuk Sultanah pulak elaunnya adalah

1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.

Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.

Elaun lain lain untuk kerabat ialah
Raja Muda - RM13,000
Raja Puan Muda - RM5,200
Tunku Bendahara - RM4,000
Bini Tunku Bendahara - RM1,250
Tunku Temenggung - RM3,500
Isteri Tunku Temenggung - RM900
Tunku Laksamana - RM3,000
Isteri Tunku Laksamana - RM600

Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.

Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga. Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan.
Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen

Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005 ...

Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut,

Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM18,168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10, 847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7, 187.40

Ahli Dewan Negara - RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4,112.79

So, contohnya macam Najib Razak... Dia adalah Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dan juga dia adalah MP, so monthly income dia ialah

= RM22,826.65 + RM14,907.20 + RM4,112.79
= RM41,846.64.

Ini formula untuk calculate pencen bekas MP.

Pencen:
1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji

Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM2, 056.40. Lagi lama jadi MP lagi banyak pencen dia akan dapat.

Gratuity:
1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)





SUMBER :

Monday, September 27, 2010

Reban Ayam

Selamat Hari Raya!
hahaha.walaupun da habis raya..





tahun depan abah pencen dari jadi cikgu..
dan aku memang senang hati sebab abah tidak lagi perlu kesana-sini berkejar ke sekolah untuk mengajar budak2 walaupun abah tahu budak2 tu memang susah nak diajar..

dan paling senang hati..
aku sempat siapkan 90% dari reban ayam yang abah minta aku buatkan untuknya..
sebab masa kecik2 dulu,abah memang bercita-cita membela hidupan liar (ayam pun hidupan liar,sebab susah nak tangkap) lepas dia pencen.

abah ni dah jadi kawan baik aku,
dulu sentiasa bergaduh,bertegang urat dan bergolok berparang(hahaha!)..
biasa la,aku ni dulu nakal jahat..bapak mane tak hot kalo anak jantannya mengganas macam jalak lenteng?

walaupun abah pakai kayu second hand,aku buatkan jugak,sebab aku tahu abah pun prangai macam aku.hahah!

akhirnya,hari terakhir aku di terengganu,
siap 90%,cuma tinggal atap dipasang.aku tak pasang sebab atap takde,nasib baik ada orang nk pasangkan skali bagi free dengan atap..

bila kerja2 reban siap,
aku pun kemas2 barang tukang,
tiba-tiba abah menyanyi..

"kasih..kau tinggalkan aku sendiri..menghabiskan sisa-sisa hidupku"

aku memang sayu nak meninggalkan abah.
sebab aku tahu abah bosan tanpa aku..
hati ni memang sedih dan berat.

tapi aku tetap buat-buat cool,
anak jantan mana boleh menangis..
masa kecik2 dulu,abah akan pujuk aku jangan menangis..
abah kata,

awie kan hero abah,mana boleh menangis..tak power ar kalau superhero menangis..

abah,abah lah superhero awie di dunia dan akhirat!

Alah...perempuan pun sama...

Rokok.
Rokok.
Rokok.
Perkataan keramat bagi kaum lelaki.
Perkataan JELIK bagi kaum wanita.

Gadis A : Saya tak akan jatuh cinta dengan lelaki perokok.
Lelaki A : (tunggu jawapan di akhir post ini)

wanita memang tidak suka lelaki merokok..dan macam-macam kata-kata tidak suka kepada perokok.

AWEK B: Rokok bahaya lah awak!tak sayang nyawa ker??
AWEK C: Rokok busuk lah awak! tak sangka tebal betul bulu hidung awak!
AWEK D: Rokok tak cool lah awak! hilang macho awak!

(jawapan Lelaki ada di akhir post)

Tetapi lelaki tetap cool buat muka keras walaupun macam-macam dikata..

Tapi sebenarnya..perempuan pun sama..
mereka BERMEKAP tanpa mengira duit yang habis,masa yang dibazirkan..
paling teruk..mereka tidak sedar bahan-bahan kimia yang ada di dalam mekap.
yang mampu merosakkan kulit mereka...
tapi kalo sakit pon takpe,asalkan cantik..kecantikan itu mahkota wanita.

PALAOTAKAW!

SalesGirl :Ini produk terbaik yang kita ada,diekstrak dari rempah ratus resepi zaman berzaman..memang untung kalau akak beli!muka berseri-seri sampai ke langit!!!

padahal salesgirl tu pun tak tau apa itu sodium klorida..muka cantik pon sebab pakai bedak sejuk.

Bukti????tak payah aku nak jelaskan di sini.taip jer di search bar tu,"the hidden dangers of cosmetics"...macam-macam yang anda akan jumpa..

(entah-entah tahi anjing pun ada dalam bahan kosmetik)

bukan berkhutbah,cuma betuli diri jua.kita masing-masing terperangkap dalam 'ekonomi memusnah manusia' sekarang..
nak cantik,kena mekap..kena beli mekap lagi.kan duit tuh?
nak sedap buat kerja,kena hisap rokok,kena belli rokok lagi.kan duit tuh?

jadi perempuan pun sama sahaja
tak payah nak katakan pada lelaki.sendiri mau ingat lar..

JAWAPAN

Lelaki A : Aku pun taknak ngko.muka pon macam tepung gomak.


Lelaki B :bahaya konon,racun d sbtg rokok aku ni sama dos dengan mekap ngko!
Lelaki C :padahal mekap ko yang busuk!xtaula nape bodoh sangat tampal tahi kat muka!
Lelaki D :aku tgok ko pon dah macam puntianak.putih dari kapas.bagus kalo aku amek ko jadi penghalau babi dekat rumah.babi pon hormat ko tau!

Wednesday, September 8, 2010

Oh Indonesia!

anda pernah pergi ke Indonesia?
anda pernah dengar cerita mengenai Indonesia?

Indonesia memang unik,dari berbagai sudut..
kadang-kadang kita memang tak dapat bayangkan uniknya.

kita bercerita mengenai pekerjaan di sana..
jika anda pandai menari,anda boleh menjadi penari gelek seperti Inul Daratista.
bermodalkan bontot besar dan dada bonjol.

jika anda pandai menyanyi,anda boleh menjadi seperti Ebit G Ade..
lama-lama jadi legenda..tapi hati-hati,jangan jadi macam Ariel Peterporn..Malu..

jika anda pandai bertukang,anda boleh menjadi buruh binaan..
masuk ke Malaysia,dapat gaji berkali ganda berbanding di Indonesia.
tapi kadang2,mereka ni tak pandai bersyukur..kesian...

bila anda di Indonesia,apa yang anda akan buat jika tiada wang dan tiada pekerjaan??

senang saja..

anda pergi kepada kumpulan provokasi dan propaganda,
jadi seorang penunjuk perasaan.
boikot depan kedutaan orang,
dapat makan dan minum.


bila anda di Indonesia,
Jadi PENUNJUK PERASAAN pun dapat duit.
best!!

Friday, August 27, 2010

Darjat Babi dan Manusia

bila kita marah,kita sebut babi!
bila kita geram,kita sebut babi!
bila kita sedih,kita sebut babi!
bila kita maki, kita sebut babi!

babi!
babi!
babi!

berulang kali kita katakan babi pada perkara yang kita tidak persetujui..
dan hampir semua orang kita katakan benda yang sama.babi!
dan babi sudah sinonim dengan maki hamun.

APA SALAH BABI?

Babi dicipta Allah untuk menjilat najis-najis yang dilontar manusia pada kapal bahtera Nabi Nuh A.S satu ketika dahulu.

Babi tidak pernah mempertikaikan kewujudannya sebagai seekor babi pada Allah.
Babi redha pada qada' dan qadar.
Babi tak minta untuk jadi kuda.
mahupun burung.
mahupun beruk.

Allah tidak pandang pada paras rupa..
Allah pandang pada ibadat dan hati kita..
dan..
BABI REDHA....

Dan babi....
setiap hari babi berzikir pada Allah SWT 700 kali sehari..

Dan kita....
Solat 5 waktu pun kita tinggal...jangan kan berzikir..

jadi.dimana darjat kita jika dibandingkan dengan babi?

Thursday, August 26, 2010

Wanita Haram

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang anan...ah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.

Semoga kita dijauhi daripada golongan wanita sebegini... Amin

Salam Ukhwah..~

Wednesday, August 25, 2010

Pendekar Millenium

Sekali pandang mereka seperti pahlawan hebat lagi perkasa
menepuk-nepuk dada yang tegap dan sasa
mempamer otot berketul-ketul lambang kejantanan
jerit suara nyaring gegar gempita
pencaknya seperti pendekar terbilang yang baru pulang
dari medan perang
melagukan mentera-mentera hikmah dari bibir yang kering


Sekali pandang mereka seperti pejuang yang ampuh
menjeritkan idealisma idealisma keadilan sejagat
berani meranduk duri perjuangan
rela berkorban segala
tiada ketakutan
tiada kegentaran
begitu jantan hulubalang-hulubalang ini

Namun rupa-rupanya
mereka hanya tidak lebih dari buih-buih dilautan
besinar dan berkilau indah bak sinaran mentari
bercahaya pelangi di permukaannya
mempersona mata

itu sahaja yang ada
kerana buih-buih ini hanyalah udara kosong
yang terperangkap dibawah selapisan air
Ia hanya satu penghias yang kebetulan
yang tidak membawa makna signifikan
diatas keujudannya

Begitulah ditakdirkan umat Muhammad diakhir zaman
sekalipun memakai baju Islam ditubuhnya
mereka hanya mampu menjerit dihalaman sendiri
takut untuk melangkah keluar
kerana tidak mahu mengotorkan baju
berpura-pura demi keadilan
menjual ayat-ayat tuhan untuk keuntungan dunia yang sedikit

Hanya berani menyalak sesama sendiri
hanya berani menyalak di halaman sendiri
hanya menjadi binatang suruhan
umpama anjing belaan yang setia
mengikut arahan dengan sedikit upah

Jika begitu keadaanya
Apa yang hendak dihairankan
jika kita dilayan umpama anjing belaan
setia dengan segala arahan
tanpa suara bantahan

Dan aku masih melihat
pahlawan-pahlawan tadi
menjerit-jerit di halaman
rumah sendiri....