Tuesday, December 28, 2010

A ROAD TO BUKIT JALIL,AFF SUZUKI FINAL



26 Disember 2010 lepas,Malaysia menentang Indonesia untuk perlawanan pertama pusingan akhir AFF Suzuki Cup 2010. Venue perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil,bermula jam 8 malam.

Aku pun pergi tengok game tu,bersama-sama 160 orang penyokong dari Terengganu Darul Iman. Kali ni aku ikut trip 4 buah bas,organisernya Terengganu FC (TFC) dan GanuSoccerNet (GSN).





Sebelum pergi,ada orang berkata pada aku yang Malaysia pasti kalah,duit habis sia-sia. Tanpa sedar dia menghina negara sendiri,dan mungkin dia terlupa bahawa tanah yang dipijak adalah bumi Malaysia. Pada aku,tidak salah menyokong pasukan lain,tetapi jangan lah menghina dan merendah-rendahkan negara sendiri. Biarlah duit habis,asalkan kita bagi sokongan untuk negara sendiri. Penyokong adalah pemain yang ke 12,dan masa inilah saat terbaik untuk buktikan sokongan pada pasukan kebangsaan. Ia lebih baik dari kita menyokong pasukan luar.FAM? Anda sendiri tahu.

Kami sampai di Kuala Lumpur pagi subuh,lepas tu bas TFC dan GSN berpecah,mungkin GSN ada pelan lain,jadi tinggal 3 buah bas sahaja.

Untuk sarapan pagi,kami makan di Restoran Cahaya Timur Damansara.Lokasi yang jauh dan makanan yang mahal. Dan semestinya,strategi perniagaan yang berjaya. Sponsor mineral water yg x sampai RM 40,dan pulangan pendapatan hampir beribu. Purata seorang makan RM8,darablah dengan 130 orang. Kan??

Dan tengah harinya kami lepak di Sunway Pyramid (x best langsung Sunway Pyramid,best lagi 1Borneo.). Tapi sebab ia dekat dengan Bukit Jalil,ia adalah terbaik untuk mengelakkan jem.Jam 3 petang,kami dah bergerak ke Stadium Bukit Jalil. Dalam sejam lah jugak untuk sampai ke sana,sebab jalan jem.

Bila kami sampai,semua penyokong menukar baju masing-masing dan memakai baju jersi
Malaysia warna kuning. Bila tengok semua pakai baju yang sama,masing-masing jadi teruja dan bersemangat. Bendera Malaysia dan Terengganu diagih-agihkan.
Kemudian kami berarak dari parking bas ke stadium. Sambil berarak ke stadium,kami menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita. Punyala meremang bulu roma masing-masing.SEMANGAT!!


Sampai di perkarangan stadium,semua yang ada di sana terkejut dengan kedatangan kami,kerana kami ramai dan sorakan dan laungan yang begitu bergema sampai semuanya teruja dengan kehadiran kami.

Tambah-tambah lagi kami penyokong yang datang khas dari Terengganu.(Respek ar!) Bila kami berjalan,semua orang di tepi ambil gambar dan memberi laluan kepada kumpulan penyokong dari TFC ini.

Sementara kami menunggu beberapa lagi penyokong dari Terengganu untuk masuk bersama,kami menyanyi dan memprovokasi para penyokong Indonesia. Dan itu perkara biasa. Tetapi penyokong Indonesia hanya mampu berdiam dan menikus bila kami memprovok,kerana mereka takut. Dan penyokong mereka hanya bercakap besar di dalam internet berbanding di luar.Tidak berani mereka melaungkan MALINGSIAL,MALING dan sebagainya.Penakut.


Pukul 4.30,kami masuk ke stadium,dan duduk beramai-ramai di gate 1N blok 106. Dari saat kami sampai,kami terus menyanyi,bersorak dan menari memberi sokongan kepada pasukan.

Jam 7 petang,stadium mula dipenuhi,tetapi masih banyak ruang kosong terutama di tingkat paling atas. Aku dan beberapa kawan mengambil kesempatan untuk solat Maghrib. Solat itu tiang agama.

Jam 7.45 malam,stadium sudah dipenuhi sepenuhnya. Keadaan memang sangat meriah dan gamat dengan laungan penyokong Malaysia.Stadium sudah berwarna kuning. Hanya sebahagian sahaja berwarna merah.



Jam 7.55 malam,nyanyian Indonesia Raya bergema,tetapi bergema lagi BOOOOOOO dari penyokong Malaysia. Ia sebagai balasan atas BOOO dari penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno dulu.PADAN MUKA!!

Nyanyian Negaraku bergema,dan seluruh stadium menyanyikannya,nyalaan flares dari penyokong terutamanya Ultras Malaya memang power.

Sepanjang perlawanan,sorakan diiringi dengan gendang dari geng Selangor (kot?) dan perlakuan Ultras Malaya sememangnya mempengaruhi sorakan seluruh stadium.Terima Kasih Ultras Malaya.

Bila masuk separuh masa kedua,kami semakin riuh,gamat dan bersemangat. Lepas insiden laser,Malaysia semakin agresif. Dan hasilnya,3 gol dalam masa 12 minit. POWERFULL Malaysia.

Dalam team Malaysia,ada 6 orang pemain kelahiran Terengganu. Ashaari,Muslim Ahmad,Sharbinee,Norshahrul Idlan Talaha,dua lagi ak tak ingat. Muslim Ahmad sempat bagi Thumbs Up pada penyokong TFC bila tengok bendera Terengganu berkibar.
Bendera paling banyak sememangnya Malaysia,kedua adalah Terengganu Darul Iman,ketiga Selangor. Ia dimerata-rata. Anda pasti bangga melihat bendera negeri anda berkibar.
Apabila Malaysia menang 3-0 dengan Indonesia,kepuasan hati yang teramat,pelaburan berjaya,dan pastinya, DENDAM YANG TERBALAS!


Demi MALAYSIA,TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!!

3 comments:

  1. menang kalah bukan halangan..yang penting semangat berpasukan...hasil penulisan yang baik=)
    from FAN TFC=)

    ReplyDelete
  2. wooww! macam best je.. hoho penuh dgn semngat! =)

    ReplyDelete
  3. tolong aku. kau pergi jumpa org yg ckp sia2 buang duit tu, lempang dia laju2, pastu campak dia laut kerteh suruh dia cari negara lain. glory hunters!

    ReplyDelete