Thursday, December 16, 2010

Romantika Indah Kuala Terengganu



kita di tengah2 disember,dan di musim cuti persekolahan..
dan aku di tengah-tengah tanah tumpah aku,Kuala Terengganu.

biasanya cuti sekolah bulan 12,orang luar kurang melancong ke pantai timur,
sebab musim ni musim tengkujuh..
tapi musim tengkujuh kali ini tak teruk seperti dulu.
hujan sekejap2 sahaja,dan masa artikel ni ditulis,dah seminggu tak hujan di Kuala Terengganu.

bila musim-musim macam ni,bot-bot banyak tersadai di pangkalan,
sebab tak dapat keluar cari rezeki..



mungkin kuala terengganu tak besar,pesat,maju seperti kota-kota lain di Malaysia.
mungkin kuala terengganu tak ada panggung wayang atau tempat berhibur,
tapi ia jauh lebih baik dari kota yang penuh dengan kesesakan,keegoan manusia.


tapi apa yang terbaik,cuacanya tak panas,redup,dingin..
kalau di kampung,memang sejuk.
di pantai batu buruk,lagi best.
angin kuat,redup-redup.
rasa macam berada di phuket.



sekiranya orang yang datang ke terengganu musim ni,
anda memang bertuah.
kerana anda dibelai dengan keindahan dan kesyahduan kuala terengganu.




romantika rindu membelai memori,
setulus angin berlari,
ia menggamit hati yang terluka,
membuang duka yang lara.


jatuh dan bangun,
dia tetap disisi,
merindui roh kita.

datang ke kuala terengganu,bawa lah hati yang lara.
biar roh kuala terengganu ubati hati itu.


Picture by SumIn a.k.a. secret of da mire.

No comments:

Post a Comment