Wednesday, December 29, 2010

Cerita Surat Khabar

Cerita 1.

Di atas sebuah meja di sebuah kedai makan terdapat dua naskhah akhbar. Sinar Harian dan News Straits Times. Kedua-dua akhbar tersebut dibeli pada jam 8 pagi untuk tatapan dan bacaan para pengunjung yang datang.

Pada jam 11 pagi,Sinar Harian telah hampir koyak,kerana begitu ramai pengunjung yang mengambil untuk membacanya. Manakala News Straits Times masih lagi dalam keadaan baik,dan hanya seorang sahaja yang membacanya,iaitu pemilik akhbar tersebut.
Hampir 98% pengunjung kedai tersebut adalah orang Melayu.

Umumnya sudah mengetahui kualiti bacaan dan perbezaan bahasa yang terdapat di antara kedua-dua akhbar tersebut. Ternyata bahan bacaan yang ada di dalam News Straits Times jauh hebat melangkaui daripada apa yang ada di dalam Sinar Harian.Anda pn tahu.
Tetapi kenapa perkara ini berlaku?

Orang Melayu sememangnya begitu. Mana mereka mahu membaca bahasa Inggeris,kononnya mereka bencikan bahasa penjajah. Dan pada mereka lebih bagus sekadar tahu daripada mendalaminya.

Tanpa sedar kita dijajah dengan sistem mereka dari akar umbi lagi.
Sejarah kita dimanipulasikan dengan jayanya tanpa kita sedari,dan kita pula mengagung-agungkan sejarah itu.Buta.

Kerana sikap beginilah orang Melayu tidak mampu menandingi bangsa-bangsa lain di dunia. Mereka berbangga dengan kehebatan silam pelayar-pelayar Melayu,kehandalan bersilat,dan kecantikan bahasa kesusasteraan mereka.

Tapi mereka tidak pernah cuba untuk belajar bagaimana untuk menandingi bangsa-bangsa lain. Malah apabila Tun Dr Mahathir memperkenalkan PPSMI,hampir seluruh negara menentangnya. Para politikus memainkan sentimen orang Melayu dengan sehandal-handalnya.

Tetapi sekiranya anda mendalami sesuatu bidang di peringkat yang lebih tinggi,anda akan tahu betapa pentingnya bahasa Inggeris dan bermanfaatnya bahasa tersebut untuk mendapatkan ilmu yang lebih banyak.

Dan pada zaman kegemilangan Cordova,orang Eropah telah belajar dari orang Islam dan akhirnya,mereka sudah jauh meninggalkan orang Islam pada hari ini.

Sekarang,orang Melayu berkobar-kobar untuk menunggu kebangkitan Islam dari Timur Jauh,iaitu dari bahagian Nusantara,menunggu dan tertunggu. Sampai bila pun Islam tidak akan bangkit,sekiranya Melayu tidak bangkit untuk melakukan satu revolusi dalam mentaliti mereka.

Melayu memang suka bermimpi.
Melayu memang suka berangan.

Seorang pengunjung berkata kepada pemilik akhbar,
“buat apa kamu baca akhbar bahasa penjajah tu?”
Katanya dengan bergaya,sambil memegang sebatang rokok Marlboro di tangan.Pemilik akhbar hanya mampu tersenyum,malas untuk berdebat,dan tidak mahu hati pelanggan terluka. Sambil bermonolog,

”Patutlah kamu tidak maju”

2 comments:

  1. Dont get me wrong, aku prefer sokkaba English lg kat Msia ni, sbab brita dunia byk lg. Tapi kalau dr segi neutrality, Sinar Harian menang lg. Yg lain dah masuk poket diktator

    ReplyDelete
  2. Surat khabar melayu takdak isi dowh. Kalau baca page ekonomi, dia letak benda basic je. Nama CEO, jumlah share, etc. Tapi kalau kau baca The Star, semua dia letak. Strategi bisnes, pesaing kompeni, harga saham kompeni.

    Aku prefer surat khabar inggeris gak. Tapi aku baca gak surat khabar melayu. Nak rehat otak. baca surat khabar ni macam baca mastika la

    ReplyDelete