Saturday, December 19, 2009

Edisi Akademik : Israel






PENGENALAN
Orang Yahudi percaya tanah kelahiran mereka ialah Tanah Israel ( Ertz Israel ). Di sana sebahagian utama sejarah lama bangsa itu dilakonkan, seribu tahun pertamanya terkandung di dalam Kitab Injil. Di sana, identiti budaya, agama dan kebangsaannya dimulakan dan di sana jugalah kewujudannya telah dipelihara berkurun-kurun lamanya, walaupun sebahagian besar dari orang-orangnya telah dipaksa keluar dari negara mereka sendiri.

Dokumen- dokumen yang dijumpai di Mesopotamia, bertarikh 2000-1500 sebelum Masihi, menyokong aspek-aspek kehidupan mereka sebagai pengembara seperti yang digambarkan di Kitab Injil. Negara Israel, dengan ibu kotanya di Samaria, berterusan selama 200 tahun di bawah pemerintahan 19 orang raja. Kebuluran yang melanda akhirnya telah memaksa mereka berhijrah ke Mesir’.

Kerajaan Yahudi dikatakan telah ditubuhkan pada s.1020 dan Saul menjadi raja pertamanya. Pada 586 hingga 538 Masihi, penaklukan Babylion telah memusnahkan Gabungan Yahudi pertama ( zaman rumah ibadat pertama ) tetapi tidak berjaya memutuskan hubungan mereka dengan tanah Israel seperti mana yang tertulis dalam Zabur 137:5-6 yang berbunyi:

“ Jika aku melupakan kau, wahai Jerusalem, biarlah tangan kanan ku layu ke lelangit mulutku jika aku berhenti mengingatmu, jika aku tidak mengingati Jerusalem semasa ku bergembira.”


Pengusiran ke Babylonia, yang mengikuti pemusnahan rumah Ibadat Pertama (586 sebelum Masihi ) menandakan mulanya ‘Diaspora’ kaum Yahudi. Di sanalah Agama Yahudi mula membentuk rangka agama dan rangka penghidupan di luar Tanah Israel. Ia juga memastikan yang mereka terus wujud dan mengukir identiti kerohanian tersendiri yang penuh tenaga supaya masa depan mereka berterusan sebagai satu bangsa.

Negara Judah pula diperintah dari Jeruselam selama 350 tahun oleh 19 orang raja dari keturunan Daud. Perluasan empayar-empayar Assyria dan Babylonia membawa mula-mulanya Israel dan kemudian Judah ke bawah pemerintahan asing. Negara Israel ditewaskan oleh orang-orang Assyiria (722 sebelum Masihi) dan rakyatnya diusir dari negeri sendiri sehingga dilupakan.

Semasa pemerintahan empayar Uthmaniyah pada tahun 1517 hingga 1917, Tanah Israel di bahagi kepada empat kawasan, yang disambungkan dari segi pentadbiran kepada Damsyik dan diperintah dari Istanbul. Masyarakat ini keturunan kaum Yahudi yang sudah sentiasa tinggal di Tanah Israel, dan juga pendatang-pendatang dari Utara Afrika dan Eropah.

Keadaan ini berlanjutan hingga wafatnya ( 1566 ) Sultan Sulayman yang Mulia, membawa banyak perubahan yang baik dan menggalakkan penghijrahan kaum Yahudi. Ada pendatang baru tinggal di Jerusalem, tetapi kebanyakannya pergi ke Safed, di mana, hinggakan ke pertengahan abad ke – 16, penduduk Yahudi telah meningkat ke 10,000 orang, dan bandarnya telah menjadi pusat tekstil yang maju dan juga tempat kegiatan intelektual hebat.

Dengan kemerosotan beransuran dalam mutu pemerintahan Uthmaniyah, negeri itu terbiar. Dekat pada hujung abad ke-18, kebanyakan tanah dipunyai oleh pemilik-pemilik yang tidak tinggal di situ dan disewakan kepada peladang-peladang yang miskin. Kemunduran Zaman Pertengahan pada abad ke-19 beransur diganti dengan tanda perkembangan. Beberapa kuasa Barat cuba mendapatkan tempat berpengaruh, biasanya melalui kegiatan dakwah. Pemerintahan Uthmaniyah selama 400 tahun diakhiri dengan penaklukan British.

Sejarah-sejarah bangsa mereka inilah yang telah mendorong kaum Yahudi ini kembali ke bumi Palestin dan mewujudkan sebuah negara untuk bangsa mereka. Mereka percaya Eretz Israel ( Tanah Israel ) adalah tempat kelahiran kaum Yahudi. Kaum Yahudi berusaha dengan setiap generasi yang baru untuk memperkukuhkan semula diri mereka dalam tanah air purba mereka. Penubuhan negara Israel adalah penting untuk menyambut kedatangan penghijrah Yahudi dari seluruh pelosok dunia yang kebanyakannya dari benua Eropah untuk kembali ke tanah asal mereka.



Mengikut kajian cendekiawan Barat melalui kajian arkeologi zaman Kitab Injil, British, Perancis dan Amerika Syarikat telah memulakan konsultat di Jerusalem. Kapal-kapal laut mula berulang-alik dari Israel ke Eropah, perhubungan pos dan telegraf dipasang, jalan pertama dibina menghubungi Jerusalem dengan Jaffa. Disebabkan ini, secara perlahan-lahan keadaan kaum Yahudi bertambah baik dan jumlah penduduk mereka kian meningkat.

Pada 1880, kebanyakan penduduk Jerusalem terdiri dari kaum Yahudi. Tanah untuk tujuan perladangan dibeli di merata negeri. Kediaman-kediaman di pedalaman yang baru dimulakan dan bahasa Ibrani, yang telah lama dilarang dalam upacara-upacara agama dan sastera, diberi nafas baru. Dengan itu pentas telah tersedia untuk penubuhan gerakan Zionis. Diilhami ideologi Zionis, dua kumpulan utama kaum Yahudi dari Eropah Timur tiba di negeri itu pada hujung abad ke-19 dan permulaan abad ke-20 .

Pada bulan Disember 1917, pasukan British di bawah pimpinan Jeneral Allenby memasuki Jerusalem, mengakhiri pemerintahan Uthmaniyah yang telah kekal selama 400 tahun . Pasukan Tentera Yahudi, bersama dengan tiga batalionnya yang termasuk beribu-ribu sukarelawan Yahudi, pada ketika itu merupakan bahagian yang sangat diperlukan oleh pasukan British.






Sejarah Latar Belakang Pertubuhan Zionis
Pergerakan Zionisma merupakan satu pergerakan Yahudi yang berjuang dengan apa cara sekalipun untuk mengembalikan keagungan Bani Israel dan keagungan sejarah bangsa Yahudi dan pembinaan Haikal Sulayman untuk memusnahkan Masjid al-Aqsa di Jerusalem, dan menguasai seluruh alam ini dan memerintahnya. Pergerakan Zionisme pada mulanya suatu pergerakan yang bercorak keagamaan yang berdasarkan kepada keikhlasan dan kejujuran setiap masyarakat Yahudi yang tinggal di serata pelosok dunia dan menyatukan cita-cita mereka untuk kembali ke Palestin.

Rentetan pergerakan Zionis ini dikatakan bermula sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Ia bermula sejak zaman Ibrahim a.s dan selepasnya lahirlah pergerakan –pergerakan lain yang memperjuangkan pengembalian orang Yahudi ke bumi Palestin yang dijanjikan. Di antaranya termasuklah pergerakan orang-orang Maccabean yang bermatlamat untuk kembali ke Zion dan membina semula Haikal Sulaiman dan mengasaskan, pergerakan Barkokhba ( 117-138 ) pergerakan Maosisal al-Kartiti, pergerakan Dapid Robin dan muridnya Solomon Mulurch ( 1501-1532 M.) yang berjuang untuk mengembalikan orang Yahudi ke Palestin.

Maxim Ghilan mengatakan sejarah Zionis dipercayai bermula bersama-sama dengan tercetusnya Revolusi Perancis dan Code Napoleon. Ia merupakan satu pergerakan autokrat yang bercorak revolusioner dan tertua yang pertama memberi hak undang-undang kepada orang Yahudi dan kemudiannya hak undang-undang sebagai satu bangsa manusia di Eropah. Perkataan zionis diambil sempena nama sebuah bukit yang terletak di selatan Bait al-Muqaddas bernama Zion yang pernah menjadi tempat tegaknya Kerajaan Dinasti yang telah mereka tawan dari tangan orang al-Yabusiyyin, seperti yang diriwayatkan dalam sejarah tradisi mereka.

Akhirnya kawasan Zion itu telah menjadi satu tempat suci kepada Yahudi. Menurut kepercayaan mereka, Tuhan Yahweh telah tinggal di situ seperti yang dijelaskan oleh Old Testament : Nyanyian puji-pujian pada Tuhan yang tinggal di Zion : isytiharkan kepada orang ramai perbuatannya. Daud berumur 30 tahun sewaktu dia memerintah dan dia memerintah selama 40 tahun. Dia memerintah orang Yahudi di Habrun selama 7 tahun 6 bulan . Memerintah di Jerusalem selama 33 tahun ke atas seluruh Israel dan Jeddah.

Zionis bukanlah terhad kepada cita-cita menubuhkan sebuah Negara Kebangsaan Yahudi di Palestin sahaja, malah lebih jauh dan lebih dalam daripada itu. Lambang kuasa, kebesaran dan kebangsaan Yahudi ialah bintang enam bucu yang digelar The Star of David. Kaum Yahudi mengaku mereka adalah keturunan Nabi Daud. Tiga segi adalah lambang Yahudi dan dikenali sebagai Eye ( Mata ). Kedudukan segi tiga melambangkan materialisma dan kedudukan segi tiga terbalik pula melambangkan spiritualisma.

Matlamat gerakan Zionis adalah sebagai lanjutan untuk menegakkan kerajaan keturunan Daud dan penerusan dasar exspansi yang berbentuk luaran yang telah dirintis oleh Ibrahim seperti yang terdapat dalam sejarah tradisi mereka. Orang Yahudi memahami dari perlembagaan bintang tiga segi mereka yang saling bertentang itu bahawa agama Yahudi adalah satu agama yang lengkap dan sempurna yang mengandungi unsur-unsur materialisma dan spiritualisma.

Oleh itu, pergerakan Zionis ini bolehlah disifatkan sebagai gerakan pembebasan kebangsaan kaum Yahudi, yang mendapat namanya dari perkataan ‘Zion’, yang bererti Jerusalem dan Tanah Israel. Idea Zionis adalah sebagai satu simbolik penyelamatan kaum Yahudi di tanah air leluhur mereka yang berdasar dari keinginan dan pertalian erat mereka dengan Tanah Israel yang telah menjadi sebahagian semula jadi wujudnya kaum Yahudi dalam Diaspora berabad-abad lamanya.

Pembebasan ini telah gagal menghentikan diskriminasi dan juga gagal menyatu-padukan kaum Yahudi menjadi masyarakat tempatan. Ia dikenali secara formal dengan pertubuhan Organisasi Zionis ( 1897 ) di Kongres Zionis pertama, dimulakan oleh Theodor Herzl di Basel, Switzerland. Program Gerakan Zionis mengandungi perkara-perkara ideologi dan praktikal yang bermatlamat untuk menggalakkan pemulangan kaum Yahudi ke Israel. Ia juga untuk memulakan semula penghidupan bangsa Yahudi dari segi sosial, kebudayaan, ekonomi dan politikal. Akhir sekali, ia adalah untuk mendapatkan kesedaran antarabangsa, tempat tinggal yang dipelihara oleh undang-undang bagi kaum Yahudi di Tanah bersejarah mereka.




Gerakan Anti Semitik
Peristiwa yang berlaku pada lewat abad ke 19 secara tidak langsung membantu memberi harapan kepada politik oleh Halkalah . Di Jerman dan Perancis khususnya, pergerakan menentang kaum Yahudi telah mula dilancarkan dan dikenali sebagai anti-semitik. Perkataan ‘semitik’ ini adalah berasal daripada yang dipergunakan oleh seluruh keturunan ‘shem’. Setelah itu ia digunakan untuk mengaitkan secara spesifik dengan kaum Yahudi.

Pergolakan Anti – Yahudi telah wujud untuk beberapa ratus tahun yang lampau. Pada zaman empayar Rom misalnya, ketaatan bangsa Yahudi ini terhadap agama mereka dan bentuk khusus penyembahan telah digunakan sebagai helah untuk diskriminasi politik di kalangan mereka, dan ramai antara mereka telah sah sebagai warganegara Rom. Sejak kurun ke-4, bangsa Yahudi telah dianggap oleh penganut Kristian mempunyai perkaitan dengan peristiwa pembunuhan Nabi Isa ( Jesus Christ ).

Penguasaan masyarakat kristian pada masa itu menyebabkan kaum Yahudi ini telah didiskriminasi secara menyeluruh, sistematik dan sosial anti-Judais telah muncul. Yahudi telah dibunuh secara beramai-ramai khususnya menjelang era perang Salib dan dipencilkan di kawasan yang sesak, diwajibkan untuk menghasilkan satu identiti seperti pakaian yang menandakan bangsa mereka. Melemahkan ekonomi mereka dengan mengenakan cukai yang tinggi dan menghadkan aktiviti perniagaan kaum Yahudi bagi menyekat pergerakan kaum ini.


Dalam abad ke-18 dan ke-19, menunjukkan Revolusi Perancis dan Zaman kemunculan ‘Enlightenment’ menambahkan pemisahan di antara pihak gereja dan kerajaan dan kebangkitan pemodenan dan pembaharuan dalam negara. Kaum Yahudi mempunyai peranan yang sangat sedikit namun penindasan ini perlahan-lahan menyatukan mereka. Di Jerman, pembebasan Yahudi selesai melalui pembentukan Empayar Jerman pada tahun 1871.
Teori rasis dikatakan telah bermula ketika permulaan kemunculan pertubuhan anti – Sematik yang baru dan selepas era kejatuhan ekonomi pada 1873. Gerakan anti – Sematik ini semakin kuat setelah berada di bawah “National Socialism” atau lebih dikenali sebagai Nazisma. Ideologi pihak Nazi ini teradap orang Yahudi telah menjadi ikutan di tempat lain di seluruh Eropah. Di Austria misalnya, Parti Sosialis Kristian menganjurkan anti – Semitik program, di Perancis, anti – Semitik menjadi isu yang besar dalam pemisahan pihak gereja dan negara.
Pihak gereja dan penyokong golongan raja telah menjadikan perinsip anti –Sematik Jerman berpandukan perinsip rasis yang telah diperkenalkan oleh pihak Jerman. Pengukuhan gerakan ini telah dilakukan melalui penerbitan akhba– akhbar seperti La Libre Parole yang telah bermula dalam tahun 1892. Penulisan-penulisan tentang gerakan anti-Sematik ini banyak dikarang oleh Edouard Drumont. Gerakan anti-Semitik memuncak di Perancis yang berlaku antara tahun 1894 dan 1906

Gerakan Progrom
Penyisihan orang Yahudi di Eropah terus berlanjutan dan kebanyakan daripada mereka disekat dalam menyertai aktiviti ekonomi dan sosial. Pembebasan mereka dari belenggu ini tidak berlaku malah semakin teruk. Di Rusia, tindakan untuk menghalang orang Yahudi daripada memiliki tanah telah dijalankan selain menetapkan kuota untuk golongan ini memasuki institusi pengajian tinggi iaitu di antara 3 dan 10 peratus.

Penghijrahan atau pemindahan masyarakat Yahudi di Eropah memuncak dalam satu siri pembunuhan beramai-ramai yang dikenali sebagai ‘Progrom’ dan bermula pada tahun 1881. Menjelang Perang Dunia pertama dan Perang Dunia kedua, sentimen anti-Semitik berlanjutan dan melibatkan banyak negara. Di Jerman pada tahun 1930 dan 1940, sentimen anti-Semitik meledak di bawah rejim Nazi ( “National Sosialist” ) iaitu pimpinan Adolf Hitler.
Pengisian propaganda Nazi ini mempunyai sedikit perbezaan iaitu terdiri daripada doktrin rasis dan penerapan kebencian terhadap agama. Selepas Nazi menjadi berkuasa di Jerman pada tahun 1933, satu pembentukan undang – undang khas telah menyingkirkan atau memansuhkan orang Yahudi daripada perlindungan undang – undang Jerman.


Holocus – Gerakan Penghapusan Etnik

Ketika perang Dunia ke – 2 , kadar aktiviti anti-Semitik ini semakin meningkat dan mengerikan. Melalui Eropah seperti di kawasan Perancis, Itali, Poland, dan Ukraine yang merupakan di bawa kawalan Jerman telah melancarkan gerakan yang disifatkan oleh Adolf Hitler sebagai penyelesaian terakhir dalam menangani masalah orang Yahudi. Penyelesaian itu ialah pembunuhan beramai-ramai komuniti Yahudi yang dikenali sebagai Holokos. Di akhir peperangan, dianggarkan seramai enam juta orang Yahudi telah terbunuh, ini termasuklah 1.5 juta kanak-kanak.

Sambil tentera – tentera Nazi menakluki Eropah, kaum Yahudi di aniaya dengan kejam, dijadikan mangsa berbagai-bagai penyiksaan dan penghinaan, dan diusir ke kawasan-kawasan tertentu di mana sebarang pertentangan bersenjata dihukum dengan penyeksaan yang lebih teruk lagi. Dari kawasan – kawasan ini, mereka dibawa ke kem-kem di mana segelintir yang bertuah dipaksa bekerja teruk. Malangnya, kebanyakannya ditembak beramai-ramai atau dibunuh di dalam bilik-bilik bergas.

Terdapat juga yang berjaya melarikan diri namun jumlahnya tidaklah ramai. Kumpulan ini ada yang melarikan diri ke negara-negara lain, ada juga yang menjadi pejuang gerila dan yang lain disembunyikan oleh orang-orang bukan Yahudi. Selepas perang, pihak British mengetatkan undang-undang mereka tentang jumlah kaum Yahudi yang dibenarkan memasuki dan tinggal di Tanah Israel.

Faktor Penubuhan National Home Of Jews
Penubuhan National Home Of Jews adalah disebabkan oleh beberapa faktor, namun terdapat dua faktor yang sangat penting dan merupakan antara faktor serta-merta penubuhan sebuah negara bangsa National Home Of Jews ini iaitu faktor agama dan faktor situasi di Eropah.

Bumi Palestin ini merupakan sebuah tempat yang dianggap suci bagi agama Islam, Kristian dan Yahudi. Bagi Penganut Yahudi, mereka mendakwa di sinilah tempat bermulanya keturunan Bani Israel ( nabi Yaakob ). Keturunan Bani Israel ini dikatakan telah mula menduduki Palestin setelah diusir dari Mesir oleh Firaun ketika zaman nabi Musa. Mereka juga mendakwa Palestin adalah bumi yang dijanjikan tuhan untuk mereka, selain mempercayai disitulah terdapatnya Istana Nabi Daud dan anaknya Nabi Sulayman. Idea negara Yahudi didakwa termaktub dalam kitab Suci Ibrani terutama dalam perjanjian antara Ibrahim dan Musa bersama dengan Tuhan.

Bagi umat Islam pula, di Palestinlah terletaknya Baitulmaqdis iaitu kiblat pertama umat Islam sebelum Kaabah yang ditukar semasa kedatangan Nabi Muhammad ketika peristiwa Israq’ Mikraj. Bumi Palestin ini juga dianggap sebagai bumi para Nabi kerana ramai Nabi adalah muncul di bumi ini.
Penganut Kristian pula amat menghormati bumi ini kerana di situlah tempat kelahiran Nabi Isa sekali gus tempat permulaan penyebaran agama Kristian. Di Palestin ini juga terletaknya gereja suci bagi orang-orang Kristian.
Selain keadaan tekanan daripada negara-negara Eropah seperti Rusia, Poland, dan Jerman melalui dasar ‘Progroms’ dan penindasan orang Yahudi. Seorang pengubah iaitu Moses Mendelssohn telah berusaha meningkatkan taraf hidup dan menuntut persamaan hak awam untuk orang Yahudi ( akhir abad 18 di Jerman ).

Usaha ini telah membawa kepada pembebasan orang Yahudi secara beransur-ansur di negara Austria dan kewarganegaraan sepenuhnya di Perancis pada 1791 dan seterusnya mendapat pengiktirafan masyarakat beragama ( tahun 1789 ). Semua halangan perundangan ke atas orang Yahudi dimansuhkan di Belgium ( 1830 ), Denmark dan Belanda ( 1840-an ), Austria-Hungry 1860-an, Italy, Sweden, empayar Jerman dan Switzerland 1870 dan Great Britian 1890- an, semua inilah yang membawa kepada peranan British dan Pertubuhan Zionis.




Peranan British
Pada 2 November 1917 buat pertama kalinya British menyatakan persetujuan tentang penubuhan “National Home Of Jews” melalui Perjanjian Balfore. Perkara yang melibatkan Palestin ini merupakan janji ketiga yang kurang jelas. Ia terkandung dalam satu surat yang dikenali sebagai Pengisytiharan Balfour. Pengustiharan ini telah dikirim oleh Setiausaha Hal – ehwal Luar Britian, Arthur James Balfour kepada Lord Rothschild, seorang pejuang Zionis Inggeris pada 2 November 1917. Surat itu berbunyi :

“Kerajaan Yang di-Pertuan Baginda memandang baik pembentukan di Palestin sebuah tempat kediaman nasional bagi orang Yahudi dan akan berusaha bersungguh – sungguh untuk memberi kemudahan–kemudahan bagi tujuan tersebut, dengan memahami sepenuhnya bahawa tiada tindakan yang tidak wajar yang boleh menimbulkan prasangka dalam hak awam dan keagamaan bagi masyarakat bukan Yahudi yang telah sedia ada di Palestin atau apa – apa hak dan taraf politik yang dipunyai oleh orang Yahudi di negara – negara lain.”


Surat ini memberi gambaran atau kenyataan pihak Kerajaan British untuk memberi sokongan untuk penubuhan “Nastional Home Of Jews” atau negara bangsa Yahudi ini di tanah Palestin. Dalam surat ini juga, ada menyatakan tentang janji Kerajaan British untuk membuat percubaan atau usaha untuk memudahkan pihak ini mencapai objektif mereka. Jelas dapat dilihat Kabinet Perang Inggeris begitu bersimpati terhadap usaha dan cita – cita gerakan Zionis.

Sebelum tahun 1917, Kerajaan Inggeris tidak mempedulikan usaha untuk mendapatkan sokongan umum di Palestin. Walau bagaimanapun, apabila revolusi Mac di Rusia mula melemahkan usaha pihak berikat, pemimpin – pemimpin Britian semakin menerima idea tersebut. Inggeris bukan saja mahukan Rusia terus menyertainya dalam peperangan tetapi juga berharap untuk menarik minat Amerika terhadap peperangan.
Britian percaya bahawa kenyataan pro – Zionis akan mencapai kedua – dua matlamat. Begitu juga pemimpin – pemimpinnya berpendapat bahawa dengan mengedarkan risalah yang menerangkan pengisytiharan itu di kawasan musuh, ia akan menggalakkan peperangan di negara Jerman dan Australia – Hungary. Pendek kata, pengisytiharan rasa simpati terhadap dasar Zionisme itu dianggap dapat membantu Britian untuk memenangi peperangan.

Selain itu, Lord Balfour mempunyai motif lain iaitu berhasrat untuk memperbetulkan kesalahannya kerana menggunakan pengaruhnya sebagai seorang perdana menteri dengan memberi kelulusan kepada Akta Orang Asing 1905. Akta itu telah mengurangkan kemasukan orang Yahudi ke England dengan menempatkan mereka ke tempat lain. Terdapat juga spekulasi bahawa Inggeris ingin memberikan ganjaran kepada seorang Yahudi berketurunan Rusia.


Individu yang dimaksudkan ialah Chaim Wiezmann iaitu seorang pensyarah kimia di Universiti Manchester dan presiden kepada Pertubuhan Zionos Inggeris di atas sumbangannya mereka cipta bahan letupan bagi peperangan. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa Wiezmann telah menggunakan hubungan dan pengaruhnya untuk memperluaskan dasar fahaman Zionisme.

Sejarawan juga berpendapat bahawa Inggeris inginkan Perancis keluar dari Palestin tetapi pihak Zionis telah mendapat persetujuan dari Perancis dan Itali terlebih dahulu menentang rancangan penempatan mereka. Sebagai tambahan, Inggeris mungkin telah diyakinkan dengan cadangan Zionis bahawa dengan adanya Palestin Yahudi, ia akan memberikan Britian sahabat di anjung Palestin, iaitu laluan ke Terusan Suez dan Mesir.

Seperti Firaun, dan pemerintah Mesir yang lain sejak berabad - abad yang lampau. Inggeris juga menyedari akan kepentingan strategik Palestin bagi keselamatan Mesir. Serangan - serangan tentera Uthmaniyah ke atas Sinai pada awal peperangan ini telah memberikan banyak kesedaran. Faktor terakhir ini mungkin merupakan sebab utama bagi Pengisytiharan Balfour.

Masih terdapat satu lagi motif yang penting dan memberi pengertian besar iaitu pembongkaran peristiwa pembunuhan beramai – ramai di Eropah dan terbentuknya Mandat Palestin. Pada kebiasaanya ia dikenali sebagai motif kemanusiaan yang juga melibatkan orang Kristian yang mempercayai bahawa kembali semula ke Palestin adalah satu kepercayaan agama, iaitu suatu unsur yang penting dalam sejarah. Ia juga dikenali sebagai Zionis Kristian.

Perasaan kemanusiaan yang begitu mendalam akan menjadi faktor terpenting bagi sokongan secara menyeluruh dunia Barat terhadap Israel. Pada tahun 1914, gerakan Zionis mempunyai ibu pejabat di Berlin. Sekutu penting kepada kempen Zionis ini berkemungkinan besar adalah Jerman, manakala sekutu Jerman semasa perang ialah Empayar Uthmaniyah yang menguasai Palestin.

Jerman juga sedang memerangi Rusia, sebuah negara yang sangat dibenci oleh orang Yahudi keseluruhannya disebabkan oleh kekejaman yang dilakukan ke atas mereka pada masa lampau. British dalam menunaikan janjinya terhadap Yahudi walau bagaimanapun terpaksa berhadapan dengan kesukaran akibat tekanan daripada perjanjian Persetujuan Sulit. Perjanjian ini telah dimetrai di antara pihak kuasa Perancis dan pihak British sendiri pada tahun 1916.

Hal ini juga disebabkan Palestin telah diletakkan di bawah kawalan antarabangsa iaitu dalam lingkungan Mandat B. Atas sebab inilah British menghadapi kesukaran dalam menunaikan janjinya lebih-lebih lagi dalam keadaan selepas perang. Walau bagaimanapun, British telah merangka beberapa langkah untuk mendapatkan keseimbangan bagi Zionis.

Pertama, British mahu memastikan “American Zionis” akan memberi galakan kongres di Amerika Syarikat untuk bekerjasama atau menyertai British dalam peperangan melawan Jerman. Langkah kedua British ialah, selepas mengemukakan cadangan itu terhadap Zionis sekali gus mendapatkan sokongan Perancis untuk mempersetujui dan mengiktiraf mandat British di Palestin. Kabinet Perang telah memberi kuasa kepada Setiausaha Luar Negeri Lord Balfour untuk membincangkan tentang sokongan terhadap deklarasi ini.

PERANAN ZIONIS

Zionis merupakan sebuah pertubuhan yang dianggotai oleh yahudi dan menjadi pendorong penting kepada penubuhan National Home of Jews. Penindasan yang dialami oleh masyarakat Yahudi telah menyedarkan mereka bahawa perlunya sebuah pertubuhan untuk membela nasib mereka. Oleh itu banyak pertubuhan Zionis ditubuhkan di seluruh dunia dan mereka saling berkerjasama bagi memastikan kehidupan yang lebih baik di hadapan mereka. Hal ini termasuklah kepulangan mereka ke bumi Zion seperti yang terdapat dalam sejarah Yahudi. Orang Yahudi mempercayai bahawa mereka akan kembali ke bumi yang dijanjikan sekiranya mereka mendapat seksa akibat perbuatan mereka yang melupakan Tuhan.
Sebelum Pertubuhan Zionis Sedunia ( The World Zionist Organization ) ditubuhkan pada 3 September tahun 1897 yang menjadi gerakan politik terkuat dan berpengaruh dikalangan orang-orang yahudi, terdapat beberapa latar belakang sejarah yang telah mempengaruhi kelahiran pertubuhan ini. Keadaan yang telah menjadi pendorong kepada wujudnya pertubuhan ini seperti Revolusi Perancis dan idea-idea liberalisme Napoleon yang bertujuan memisahkan kuasa mutlak gereja dan kuasa mutlak negara. Selain itu, terdapat juga sebuah pergerakan oleh Pinsker yang berlaku di Eropah pada tahun 1878. Leon Pinsker iaitu seorang Yahudi Rusia telah membentangkan konsep Nasionalisme Yahudi pada tahun 1882. Persamaan taraf yang sama rata diantara golongan Yahudi dan kristian menyebabkan golongan Yahudi telah menguasai ekonomi di Britain, Perancis, Jerman dan di beberapa buah negara Eropah lain. Di Eropah Timur, terdapat dua pergerakan yang memperjuangkan hak Yahudi iaitu Poalei Zion dan The Bund.

Pertubuhan Zionis diwujudkan dengan tujuan ( i ) memperkenalkan bidang-bidang pekerjaan di Palestin bagi masyarakat Yahudi seperti dalam bidang pertanian, perkilangan dan perniagaan. ( ii ) Menyatukan seluruh masyarakat Yahudi dunia dalam menghasilkan perpaduan yang berlandaskan undang-undang yang diiktiraf. ( iii ) Menyedarkan masyarakat Yahudi tentang pentingnya negara Yahudi dan ( iv ) untuk mendapat pengiktirafan dunia khususnya kuasa-kuasa besar.

Pada tahun 1880-an, timbul perasaan anti semitik di Rusia kesan daripada kemunculan fahaman Nasionalisme yang memuncak di Eropah. Oleh itu, masyarakat Yahudi memikirkan bahawa mereka akan dapat menyelesaikan masalah tersebut seandainya mereka berada di tanah air mereka sendiri iaitu Palestin. Politik Zionisme telah mendapat pimpinan yang berkesan dan radikal dengan kemunculan Theodor Herzl yang telah memimpin gerakan Zionisme. Politik Zionisme Theodor Herzl ialah pemindahan modenisasi Yahudi dan penysesuaian kebudayaan kepada sebuah negeri. Theodor Herzl telah menulis dan menerbitkan buku yang bertajuk The Jewish State ( Der Judenstaat ). Penerbitan buku ini telah menimbulkan semangat kepada orang Yahudi iaitu membawa kepada proses berpindahan orang-orang Yahudi dan mewujudkan petempatan seperti di Rishon Letzion, Zihron Yaakov dan Rosh Pinah.

Selain itu juga, penerbitan buku ini juga telah menyebabkan sebuah kongres diadakan di Basle, Switzerland pada tahun 1897. Pencapaian terpenting dalam kongres pertama orang Yahudi ini ialah telah berjaya membentuk Pertubuhan Zionis Sedunia ( The World Zionist Organization ). Pertubuhan ini berusaha untuk mengembalikan orang Yahudi ke Palestin dan mendirikan sebuah negara di Palestin. Dalam kongres pertama ini seramai 300 orang pemimpin Zionis yang mewikili 50 buah pertubuhan Yahudi telah berhimpun. Kebanyakan delegasi Yahudi yang akan menghadiri kongres tersebut berpendapat perlunya ditubuhkan sebuah negara Yahudi, dan negara tersebut mestilah di bumi asal mereka iaitu Palestin. Penganjuran Kongres Pertama Zionis telah mengakibatkan masyarakat dunia menjadi gempar tentang penyebaran Protocols of Learned Elders of Zion atau Protocols of Zion. Protokol ini menjelaskan secara terperinici rancangan perjuangan gerakan Zionis untuk menguasai Palestin dan dunia seluruhnya, tetapi penyataan ini telah dinafikan oleh pemimpin-pemimpin Zionis.

Catatan daripada sebahagian minit mesyuarat ini yang menjadi dokumen sulit mereka telah bocor kerana berjaya diperolehi oleh seorang wanita Perancis. Wanita tersebut mendapat dokumen tersebut kerana mempunyai hubungan rapat dengan salah seorang pemimpin Zionis dan Masonic di Perancis yang telah menghadiri sidang sulit di Basle. Dokumen-dokumen tersebut telah diserahkan kepada salah Alex Nikola Naftish iaitu seorang pemimpin kaisar Rusia Timur. Akhirnya dokumen-dokumen tersebut tekah diterjemahkan kepada beberapa bahasa antaranya Inggeris, Jerman, Arab dan Perancis. Kandungan Protokols ini telah diterjemahlan dari bahasa Perancis kepada bahasa Rusia oleh Prof Nylos kerana mendapati bahawa kandungan Protokols ini sangat penting. Antaranya ialah mengenai ramalan tentang kejatuhan pemerintahan Kaisar di Rusia dan pembentukan sebuah negara Komunis di Rusia.
Penglibatan Pertubuhan Zionis dalam pembentukan National Home of Jews sangat meluas dan merangkumi semua aspek. Pertubuhan Zionis merupakan pengerak terpenting kepada petempatan orang Yahudi di Palestin. Banyak usaha telah dilakukan demi melaksanakan cita-cita orang Yahudi untuk kembali ke bumi Palestin yang merupakan misi terpenting kepada bangsa Yahudi. Pertubuhan Zionis berusaha dari segi sokongan dalam bentuk kewangan kepada orang Yahudi untuk kembali ke Palestin. Selain itu, pertubuhan Zionis juga daripada pelbagai sudut antaranya melalui politik, melalui media.

( i ) Penggunaan Media


Pertubuhan Zionis ( ZO ) banyak menggunakan media sebagai saluran mereka menyuarakan pendapat mereka tentang hak-hak orang Yahudi. Antaranya penerbitan surat khabar Jerman dan England bertujuan menyatakan dan menyuarakan hak sama rata untuk masyarakat Yahudi namun penerbitannya hanya dipandang sinis oleh masyarakat Eropah Timur. Namun penerbitan surat kahabar tersebut bukannya penamat kepada usaha ZO, tetapi terus lagi mengiatkan aktiviti memperjuangkan hak orang Yahudi.

( ii ) Aspek Ekonomi

Selain melibatkan media dalam usaha penubuhan Home of Jews, Pertubuhan Zionis juga banyak melibatkan peruntukan wang ke arah penubuhan tersebut. Hal ini termasuklah pembiayaan penghijrahan orang Yahudi dari seluruh dunia untuk kembali ke Palestin. Keadaan ini disebabkan ramai orang Yahudi di Eropah Barat mempunyai status ekonomi dan politik yang baik dan dapat menyesuaikan diri masing-masing dengan perkembangan di Eropah. Baron Edmond de Rothschild antara hartawan yang menyumbang kepada pembiayaan orang Yahudi melalui perbankan Lord Rothschild. Hartawan–hartawan Yahudi seperti Rothschild dan Montapeori banyak menyumbangkan wang untuk membeli tanah-tanah di Palestin dan membina Koloni-koloni sejak pertengahan abad ke-19. Kedua-dua orang hartawan ini juga dibantu oleh Disraeli dan Lornes Olipanat juga pergerakan Zionis di seluruh dunia khususnya di Rusia.

( iii ) Aspek Politik

Pertubuhan Zionis begitu pintar untuk memujuk British bersetuju serta menyerahkan Palestin kepada mereka. Diplomasi antara usaha yang dilakukan oleh pejuang-pejuang Yahudi yang antaranta Theodor Herzl dan Dr Weizmann. Pertubuhan Zionis yang dipelopori oleh Theodor Herzl terus memainkan peranannya. Pada tahun 1901, Herzl telah mencadangkan kepada Sultan Abdul Hamid bantuan kewangan untuk memajukan sumber-sumber asli Empayar Uthmanniyyah. Sebagai balasan terhadap bantuan yang ditawarkan itu, Herzl meminta kebenaran Sultan Abdul Hamid untuk memasukan orang Yahudi ke Palestin. Tetapi cadangan ini telah ditolak oleh Sultan Abdul Hamid.

Namun usaha tetap diteruskan, pada tahun 1902 pemimpin Pertubuhan Zionis meminta Great Britain supaya menyokong hak-hak autonomi penduduk-penduduk Yahudi di Padang Pasir Sinai namun permintaan ini ditolak akibat berlaku beberapa kesulitan. Tahun 1903, British sedia untuk menawarkan Uganda kepada Pertubuhan Zionis sebagai tempat pertibuhan Kerajaan Yahudi namun telah ditolak oleh Kongres keenam Zionis.

Usaha diteruskan oleh penganti Herzl iaitu Dr Weizmann dengan berjumpa kuasa-kuasa besar bagi meraih sokongan. Antaranya pada tahun 1914, Weizmann telah menemui Lloyd George dan Herbert Samuel untuk mendapat sokongan terhadap pertubuhan Zionis. Selepas Perang Dunia Pertama, Dr Weizmann telah menghubungi ketua-ketua negara-negara Britain, Perancis dan Itali selain itu juga beliau telah mendapat jaminan daripada daripada Mussolini bahawa pemerintah Itali tidak akan menentang usaha-usaha orang Yahudi.







PENILAIAN
Persoalan terpenting dalam isu ini ialah mengapa British bersetuju sekaligus menyerahkan Palestin kepada bangsa Yahudi dan bukan kepada banga Arab yang diakui masyrakat dunia sebagai penduduk asal Palestin. Mungkin British sukar untuk memberi kata putus terhadap penyerahan Palestin tanpa alasan yang kukuh. Antara faktor kenapa British menyerahkan Palestin kepada Yahudi ialah kerana jasa yang telah ditabur oleh Dr Weizmann kepada British. Dr Weizmann iaitu seorang profesor kimia yang banyak membantu British semasa perang dunia pertama dengan mencipta bom yang digunakan oleh tentera British.


Selain itu, Lords Balfour yang merasa bersalah kepada bangsa Yahudi kerana tindakan beliau yang telah menyekat penghijrahan masuk orang Yahudi ke Britain. Alasan yang paling kukuh kenapa British bersetuju menyerahkan Palestin kepada Yahudi ialah Brirish tidak mahu Bangsa Yahudi berhijrah dan masuk ke dalam negara mereka kerana mereka sedia maklum siapakah sebenarnya bangsa Yahudi. Inilah antara faktor dan alasan yang difikirkan kenapa British bertindak menyokong perjuangan Yahudi dan telah menjadikan orang arab Palestin menjadi mangsa membalas budi British kepada jasa bangsa Yahudi.

Tindakan British ini pastinya tidak adil kepada masyarakat Palestin yang sekian lamanya menjadi rakyat atau penduduk sejati Palestin. Tindakan British yang menyokong penubuhan National Home of Jews melalui Perjanjian Balfour pada tahun 1917 telah menyebabkan rakyat Palestin menjadi pelarian di tanah air sendiri. Apabila British mengakhiri mandatnya di Palestin, bermulalah langkah Zionis untuk menguasai sepenuhnya Palestin dengan bantuan sekutu barunya iaitu Amerika Syarikat. Penguasaan Yahudi di Palestin dapat ditafsirkan sebagai penjajahan kerana mereka dengan nyata telah merampas hak orang lain iaitu masyarakat Palestin hanya kerana tuntuntan mereka ke atas sejarah mereka yang telah berusia 4000 tahun.

Dakwaan Yahudi bahawa mereka adalah bangsa Pilihan Tuhan dan mempunyai perjanjian dengan Tuhan tentang bumi yang dijanjikan adalah antara faktor terpenting penghijrahan ke Palestin. Orang Yahudi percaya bahawa kembalinya mereka ke bumi Zion dan menubuhkan negara Israel di sana merupakan balasan Tuhan terhadap kesabaran, kegigihan dan kecekalan hati mereka menerima dugaan Tuhan dalam sejarah kehidupan Mereka sebagai Bangsa Pilihan Tuhan selama ini. Kenyataan bahawa orang Yahudi telah menderita di tangan orang Kristian Eropah sekian lama merupakan alasan yang tidak kuat untuk membenarkan mereka mengambil alih sebahagian dari dunia Arab dan menghalau keluar berjuta-juta orang Islam.

Namun hakikat sebenarnya ialah gerakan Zionis merupakan sebuah gerakan chauvinistik yang kejam berasaskan semata-mata kepada konsep kebangsaan Yahudi tulen. Kesan nyata kepada penubuhan Negara Israel dari segi kemanusiannya ialah terusirnya hampir dua juta rakyat Arab Palestin yang sekarang menjadi masalah politik antarabangsa yang sangat sukar diatasi. Sukar kita menerima keadaan rakyat tempatan Palestin yang terpaksa tinggal di khemah-khemah pelarian sedangkan rakyat Yahudi pendatang hidup senang di atas tanah yang bukan hak milik mereka.

No comments:

Post a Comment